Modul 1 :Pengenalan Kepada Muzim
Modul ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta kursus mengenai pengertian falsafah muzium dan perubahan-perubahan ketara yang terkandung di dalam muziologi dan penubuhan. Perubahan ketara yang berlaku terhadap pemahaman dan penghayatan amnya. Pelbagai pendekatan pengajian yang tersaji dalam modul ini dijangka dapat membuka minda dan memberi kefahaman terhadap penghayatan ilmu mzuiologi dalam melaksanakan tanggungjawab seharian para peserta kursus di institusi muzium masing-masing.
Modul 2 : Muzium dan Pendidikan
Modul ini bertujuan memaparkan pelbagai aspek penting mengenai pendidikan muzium melalui pelbagai pendekatan yang dijangka dapat membantu para peserta kursus menghayatinya dalam usaha mempertingkatkan lagi program pendidikan di muzium mereka.
Modul 3 : Kuratorial dan Profesionalisme Di Muzium
Modul ini menyediakan garis panduan kepada kurator dan golongan yang terlibat dengan kerja-kerja muzium untuk menggerakkan aktiviti kuratorial berasaskan pendekatan dan aplikasi yang menjadi amalan biasa di kebanyakan muzium ternama di dunia. Pelbagai pendekatan dan kefahaman dijangka dapat memberikan kesedaran betapa pentingnya peranan kurator dan ahli kumpulan profesional berkaitan di sesebuah institusi muzium.
Modul 4 : Pengurusan Koleksi
Modul ini akan memberi pendedahan dan pembelajaran mengenai pengurusan koleksi artifak dan spesimen yang terdapat di muzium. Pendekatan ilmu teori mengenai falsafah pengumpulan koleksi dan penyelidikan bahan-bahan bernilai akan membentuk pemikiran pelajar yang mantap. Aplikasi teknik-teknik praktikal dan latihan pengurusan pendaftaran, penstoran, pencahayaan, pembungkusan, pemuliharaan dan pemeliharaan akan menjamin penyampaian ilmu yang berguna untuk mengurus pelbagai koleksi yang sentiasa bertambah dari masa ke semasa, bahkan mempunyai sifat dan sejarah yang berbeza. Sekiranya tidak di urus dengan baik, koleksi-koleksi tersebut mengalami kerosakan atau kehilangan yang akan merugikan kita.
Modul 5 : Reka Bentuk dan Pameran Muzium
Modul kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai teknik-teknik penyediaan pameran, merangkumi fabrikasi pameran, penyediaan plan susunatur, plan perspektif, pencahayaan dan pengurusan pameran di galeri muzium.
Modul 6 : Konservasi dan Pemuliharaan
Sesebuah institusi muzium bertanggungjawab mengekalkan budaya material yang menjadi bahan koleksinya dengan menggunakan kaedah-kaedah saintifik agar dapat diwarisi oleh generasi seterusnya. Koleksi-koleksi artifak yang tersimpan di muzium mengandungi bahan-bahan organik dan bukan organik yang boleh mengalami kerosakan sekiranya tidak ditangani dengan sempurna mengikut kaedah-kaedah saintifik yang diperakukan oleh badan-badan antarabangsa. Modul ini memberi garis panduan melalui berbagai pendekatan dan aplikasi bagi memahami dan menghayati kerja-kerja konservasi.
Modul 7 : Pemasaran dan Publisiti
Modul kursus ini memberi pendedahan dan asas mengenai kaedah pemasaran muzium untuk pelawat. Disamping itu, ia dapat memberi penjelasan kepada penjenisan teknik pemasaran semasa dan penggunaan media elektronik.
Modul 8 : Keselamatan Muzium
Modul kursus ini memberi pendedahan teknik pengurusan keselamatan muzium di pejabat, galeri dan penstoran muzium. Tujuan utama untuk membentuk prinsip kerja yang prihatin dan juga memenuhi piawai yang ditetapkan sebagai sebuah institusi yang menjadi repositori warisan negara.
Modul 9 : Penyelidikan dan Pembangunan Muzium
Modul ini bertujuan memberikan pendedahan asas dan garis panduan dalam penyelidikan. Prinsip utama kursus ini adalah untuk menjadikan penyelidikan sebagai teras dalam bidang muziologi serta berkeupayaan menyediakan kakitangan yang kompeten dengan kerja-kerja kuratorial berasaskan pendekatan dan aplikasi yang menjadi amalan biasa di kebanyakan muzium ternama di dunia.
Modul 10 : Muzium Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Modul ini memberi penjelasan mengenai kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam perkembangan muzium masa kini. Tujuan utama ialah untuk memberikan nilai tambah pembangunan fungsi dan kemudahan pengguna muzium. Selain dari itu memberikan satu pendekatan pengurusan yang lebih sistematik dan terbuka di peringkat global.